28 June 2013

Akhirnya Inilah Jadinya

Selepas hampir seminggu saya mereka bentuk blog baru yang dinamakan AKRAB melalui wordpress.com, akhirnya saya berpatah balik kepada blogspot.com. Ini mungkin disebabkan saya telah terbiasa dengan blogspot.com, maklumlah saya dah lama menulis menggunakannya. Dan saya berhasrat untuk memindahkan beberapa artikel ke blog ini nanti di samping entri beberapa post baru.

Namun begitu jika saya akan kelapangan insya Allah saya akan mempelajari juga wordpress untuk menghasilkan blog yang lain.

Saya juga bercadang untuk membuka page bagi tujuan perbincangan. Sekiranya sudi jom kita berbincang di page tersebut. Page itu akan dinamakan Apa Kata Kita.

No comments:

Post a Comment