05 July 2013

Maksud Logo AKRAB


Logo AKRAB berbentuk bulat di mana di dalam bulatan tersebut mengandungi lambang Persekutuan dan 3 orang rakan. Di sekeliling luar bulatan tertulis "RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM * AKRAB". Manakala di sebelah luar dan bawah bulatan terdapat  reben biru yang menampung bulatan dan tertulis dengan perkataan "BERKHIDMAT MEMBIMBING".

Apa pula maksud semua imej dan warna dalam loga AKRAB:

*   Lambang Persekutuan adalah berkhidmat dengan ikhlas untuk negara;
* Bentuk Tiga (3) orang adalah bermaksud semangat setiakawan, sepakat, kerjasama dan muhibah;
*   Bulatan membawa maksud kesepaduan, bersatu hati;
*   Warna Merah melambangkan kesediaan membantu dan membimbing;
*   Warna Kuning melambangkan bebas dari belenggu masalah; dan
*   Warna Biru melambangkan ketenangan, keharmonian, warna kehidupan. kesetiaan dan kemanusiaan. 

No comments:

Post a Comment