Untuk hidup dalam dunia ini bukannya perkara yang mudah. bagi orang Islam kehidupan di dunia ini adalah umpama pentas yang dilakunkan oleh semua manusia, manakala Sang Pencipta mengarah dengan memberikan kebebasan kepada manusia itu sendiri.
Pun begitu manusia tidak boleh lepas tangan terhadap apa sahaja yang berlaku kepada dirinya, kerana manusia telah dikurniakan oleh Allah akal dan nafsu dalam mengemudi hidup masing-masing.
Segala dosa, kesilapan dan kesalahan menjadi tanggungjawab manusia itu sendiri. Begitu jugalah yang berlaku dalam sesebuah organisasi, seseorang staf diberikan sesuatu kuasa di samping diberitahu tentang peraturan. Sekiranya masih terjadi salah laku dan kesilapan, maka tanggunglah sendiri.
Apa pandangan anda??
No comments:
Post a Comment