Hi... jumpa lagi. Macam mana dah pilih ke? Jom tengok apa jawapannya....
1- Introspektif, Sensitif, Reflektif
Anda dapat memahami diri dan persekitaran anda dengan lebih kerap dan mendalam jika dibandingkan dengan kebanyakan orang lain. Anda bencikan kedangkalan; anda lebih sanggup bersendirian daripada bercakap perkara remeh. Perhubunan anda dengan rakan-rakan adalah amat intensif; ini memberikan harmoni dan ketenangan dalaman yang menghasilkan perasaan baik. Anda tidak keberatan bersendirian bagi jangka masa yang panjang kerana anda jarang berasa bosan.
2- Berdikari, Tak Konvensional, Tak Bergantungan
Anda mengehendaki kehidupan bebas dan tak bergantung untuk membenarkan anda menentukan arah tuju sendiri. Anda mempunyai kecenderungan seni dalam pekerjaan atau aktiviti riadah. Kadang kala, desakan anda untuk kebebasan menyebabkan anda melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang dijangkakan.
3- Dinamik, Aktif, Ekstrovert
Anda rela menerima risiko-risiko tertentu untuk mendapatkan kerja yang menarik dan pelbagai. Sebaliknya, perkara yang rutin berkecenderungan untuk meninggalkan kesan lumpuh pada diri anda. Anda suka sekali berupaya memainkan peranan aktif dalam peristiwa dalam hidup anda. Dalam usaha anda yang berkenaan, inisiatif diri sangat nyata.
4- Terus Terang, Seimbang, Harmoni
Anda menghargai gaya natural dan suka perkara yang tak rumit. Orang lain mengagumi anda kerana anda praktikal dan mereka boleh bergantung kepada anda. Anda memberi orang yang rapat dengan anda rasa selamat dan kelapangan. Anda dipersepsikan sebagai orang yang mesra dan insani.
Anda menolak segala yang menyilaukan dan lapuk. Anda berkecenderungan untuk berasa skeptik terhadap kehendak trenda fesyen. Bagi anda, pakaian haruslah praktikal dan tampan tanpa menonjol.
5- Profesional, Pragmatik, Yakin Diri
Anda menguasai hidup anda dengan lebih mempercayai usaha sendiri daripada nasib. Anda menyelesaikan masalah dengan ragam yang praktikal dan tak rumit. Anda memandang secara realistik unsur-unsur dalam hidup dan menanganinya tanpa ragu-ragu. Anda diberi banyak tanggungjawab di tempat kerja kerana orang lain boleh bergantung kepada anda. Kekuatan azam anda yang menonjol menunjukkan sifat keyakinan diri kepada orang lain. Anda tidak berpuas hati sepenuhnya sehingga anda telah mencapai idea-idea anda.
6- Tenang, Berhati-hati, Tak Agresif
Anda mudah berbicara tetapi bersifat berhati-hati. Walaupun anda suka berkawan tetapi dengan mudah anda menikmati saat bersendirian dan kebebasan. Anda suka memencilkan diri dari masa ke masa untuk merenung tentang erti hidup serta menikmati sendirian diri. Anda memerlukan kelapangan, jadi anda berlepas ke tempat bersembunyi yang permai. Namun, anda bukan penyendiri. Anda berdamai dengan diri sendiri dan dunia, serta anda menghargai hidup anda dan apa yang ditawarkan oleh dunia ini.
7- Tanpa Bimbang, Kelakar, Riang
Anda suka hidup yang bebas dan spontan. Anda cuba menikmati hidup anda dengan sepunuhnya mengikut motto: “Anda cuma hidup sekali.” Anda bersifat ingin tahu dan terbuka kepada segala yang baru; anda memajukan diri atas perubahan. Tiada yang lebih buruk daripada rasa diikat. Anda mengalami persekitaran sebagai sesuatu yang versatil dan sering menakjubkan.
8- Romantis, Mengelamun, Beremosi
Anda seorang yang sensitif. Anda enggan memandang dari segi rasional dan waras sahaja. Perasaan anda membawa erti yang sama penting. Anda berpendapat bahawa harapan adalah penting dalam hidup. Anda menolak orang yang mencaci romantisme dan hanya dipandukan oleh rasionaliti. Anda tidak membenarkan sebarang kongkongan terhadap variasi perasaan hati dan emosi anda.
9- Analitik, Amanah, Keyakinan Kendiri
Perasaan halus anda bermutu tinggi dan tahan lama. Akibatnya, anda suka mengelilingi diri dengan “permata-permata” yang anda temui sendiri apabila orang lain terlepas perhatian. Justeru itu, kebudayaan memainkan peranan khas dalam hidup anda. Anda telah menjumpai gaya peribadi sendiri, yang tampan dan ekskusif – serta bebas daripada olahan fesyen. Kehidupan anda adalah berlandaskan ideal diri iaitu kesukaan yang beradab. Anda menghargai sesuatu tahap kebudayaan daripada orang yang anda berkawan.
No comments:
Post a Comment