18 August 2013

Rahsia Sifat Wanita Melalui Warna Kegemaran



Warna kegemaran juga boleh menentukan sifat atau perwatakan seseorang wanita. Berikut adalah beberapa warna kegemaran beserta dengan sifat keperibadian masing-masing.

Rahsia Warna Biru

Jika anda suka warna biru, anda tergolong sebagai pemurung dan selalu bertindak pasif dalam banyak hal. Mendambakan ketenangan dan ketenteraman. Anda selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan. Begitu juga dalam bercinta kerana anda lebih cenderung menyembunyikan perasaan.

Rahsia Warna Hijau

Warna kesukaan anda hijau, maka anda tergolong dalam golongan yang sangat romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang nyaman. Anda adalah seseorang yang selalu memegang prinsip. Dalam hal bercinta anda mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercayai.

Rahsia Warna Kuning

Kesukaan anda warna kuning menandakan bahawa anda memiliki sifat optimis. Anda seorang periang dan senang bergaul, tidak memiliki penampilan yang muram. Sifat tolong-menolong selalu ada dalam diri anda,kerana menolong merupakan suatu kewajiban mutlak bagi anda. Anda orang yang tidak pernah meremehkan siapapun jua, walaupun seseorang itu lemah dan bodoh.

Rahsia Warna Ungu

Jika warna Ungu (Violet) menjadi warna kegemaran anda maka anda adalah seseorang yang benar-benar luar biasa. Dalam menghadapi masa depan anda tidak pernah ragu-ragu, apa yang dikerjakan anda adalah yang terbaik. Anda pandai mengikuti perkembangan zaman. Dalam bercinta, hanya merekalah yang kuat mental yang dapat mendekati dan menjadi kekasih anda.

Rahsia Warna Putih

Jika anda menyukai warna putih, maka anda adalah orang yang dilahirkan ke dunia dengan sempurna, banyak orang mengagumi anda kerana sifat anggun, sifat idealis dan moral anda yang teramat tinggi. Tak pernah angkuh, senang menolong siapa saja yang memerlukan bantuan anda.

Rahsia Warna Hitam

Anda sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja. Jika anda berada dilingkungan yang tidak disukai, maka anda akan menjadi murung. Anda selalu tampil menarik dan rapi. Ramai orang cuba mengejar dan merebut cinta anda.

Rahsia Warna Merah

Anda seseorang yang sangat berwibawa. Walaupun sering kali bergaul dan bersosial dengan lawan jenis tapi anda dapat menahan diri. Banyak orang meluahkan cinta, tapi anda selalu berfikir dan berfikir lagi. Anda termasuk golongan yang sukar jatuh cinta.

Sumber: Rahsia Sifat Wanita Melalui Warna Kegemaran | melvister.com

30 July 2013

Jawapan Ujian Personaliti

Hi... jumpa lagi. Macam mana dah pilih ke? Jom tengok apa jawapannya....

1- Introspektif, Sensitif, Reflektif

Anda dapat memahami diri dan persekitaran anda dengan lebih kerap dan mendalam jika dibandingkan dengan kebanyakan orang lain. Anda bencikan kedangkalan; anda lebih sanggup bersendirian daripada bercakap perkara remeh. Perhubunan anda dengan rakan-rakan adalah amat intensif; ini memberikan harmoni dan ketenangan dalaman yang menghasilkan perasaan baik. Anda tidak keberatan bersendirian bagi jangka masa yang panjang kerana anda jarang berasa bosan.

2- Berdikari, Tak Konvensional, Tak Bergantungan

Anda mengehendaki kehidupan bebas dan tak bergantung untuk membenarkan anda menentukan arah tuju sendiri. Anda mempunyai kecenderungan seni dalam pekerjaan atau aktiviti riadah. Kadang kala, desakan anda untuk kebebasan menyebabkan anda melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang dijangkakan.

3- Dinamik, Aktif, Ekstrovert

Anda rela menerima risiko-risiko tertentu untuk mendapatkan kerja yang menarik dan pelbagai. Sebaliknya, perkara yang rutin berkecenderungan untuk meninggalkan kesan lumpuh pada diri anda. Anda suka sekali berupaya memainkan peranan aktif dalam peristiwa dalam hidup anda. Dalam usaha anda yang berkenaan, inisiatif diri sangat nyata.

4- Terus Terang, Seimbang, Harmoni

Anda menghargai gaya natural dan suka perkara yang tak rumit. Orang lain mengagumi anda kerana anda praktikal dan mereka boleh bergantung kepada anda. Anda memberi orang yang rapat dengan anda rasa selamat dan kelapangan. Anda dipersepsikan sebagai orang yang mesra dan insani.

Anda menolak segala yang menyilaukan dan lapuk. Anda berkecenderungan untuk berasa skeptik terhadap kehendak trenda fesyen. Bagi anda, pakaian haruslah praktikal dan tampan tanpa menonjol.

5- Profesional, Pragmatik, Yakin Diri

Anda menguasai hidup anda dengan lebih mempercayai usaha sendiri daripada nasib. Anda menyelesaikan masalah dengan ragam yang praktikal dan tak rumit. Anda memandang secara realistik unsur-unsur dalam hidup dan menanganinya tanpa ragu-ragu. Anda diberi banyak tanggungjawab di tempat kerja kerana orang lain boleh bergantung kepada anda. Kekuatan azam anda yang menonjol menunjukkan sifat keyakinan diri kepada orang lain. Anda tidak berpuas hati sepenuhnya sehingga anda telah mencapai idea-idea anda.

6- Tenang, Berhati-hati, Tak Agresif

Anda mudah berbicara tetapi bersifat berhati-hati. Walaupun anda suka berkawan tetapi dengan mudah anda menikmati saat bersendirian dan kebebasan. Anda suka memencilkan diri dari masa ke masa untuk merenung tentang erti hidup serta menikmati sendirian diri. Anda memerlukan kelapangan, jadi anda berlepas ke tempat bersembunyi yang permai. Namun, anda bukan penyendiri. Anda berdamai dengan diri sendiri dan dunia, serta anda menghargai hidup anda dan apa yang ditawarkan oleh dunia ini.

7- Tanpa Bimbang, Kelakar, Riang

Anda suka hidup yang bebas dan spontan. Anda cuba menikmati hidup anda dengan sepunuhnya mengikut motto: “Anda cuma hidup sekali.” Anda bersifat ingin tahu dan terbuka kepada segala yang baru; anda memajukan diri atas perubahan. Tiada yang lebih buruk daripada rasa diikat. Anda mengalami persekitaran sebagai sesuatu yang versatil dan sering menakjubkan.

8- Romantis, Mengelamun, Beremosi

Anda seorang yang sensitif. Anda enggan memandang dari segi rasional dan waras sahaja. Perasaan anda membawa erti yang sama penting. Anda berpendapat bahawa harapan adalah penting dalam hidup. Anda menolak orang yang mencaci romantisme dan hanya dipandukan oleh rasionaliti. Anda tidak membenarkan sebarang kongkongan terhadap variasi perasaan hati dan emosi anda.

9- Analitik, Amanah, Keyakinan Kendiri

Perasaan halus anda bermutu tinggi dan tahan lama. Akibatnya, anda suka mengelilingi diri dengan “permata-permata” yang anda temui sendiri apabila orang lain terlepas perhatian. Justeru itu, kebudayaan memainkan peranan khas dalam hidup anda. Anda telah menjumpai gaya peribadi sendiri, yang tampan dan ekskusif – serta bebas daripada olahan fesyen. Kehidupan anda adalah berlandaskan ideal diri iaitu kesukaan yang beradab. Anda menghargai sesuatu tahap kebudayaan daripada orang yang anda berkawan.

29 July 2013

Ujian Personaliti



Pakar psikologi telah mencipta corak-corak di atas selama beberapa tahun bertujuan untuk membuat ujian personaliti manusia. Ujian ini dilakukan secara global dan hasilnya boleh dipercayai. Daripada ujian ini pakar psikologi telah menyenaraikan 9 jenis personaliti asas seseorang individu. Sekiranya anda ingin menjalankan ujian ini, apa lagi ditunggu.... jom pilih corak di atas yang menggambarkan anda secara tepat atau paling hampir.

Simpan corak yang anda pilih itu dan sila kunjungi blog ini semula pagi esok untuk jawapannya. 

Jumpa lagi...

26 July 2013

Ok But Not Really Ok


Can not be denied that the presumption against oneself colleagues also cause stress. What say you?

19 July 2013

Sombong? Kenapa?

Kenapa kita perlu sombong, sombong bukannya peribadi orang Islam. Tiada apa yang hendak disombongkan kerana apa sahaja yang ada di atas bumi Allah dan di alam semesta ini adalah milik Allah swt. Tiada apa yang kekal pada makhluk, Allah berhak mengambil dan memberi kepada sesiapa sahaja yang diinginiNya. Jadi.... kenapa perlu sombong.....

12 July 2013

A-K-R-A-B ??

Assalamualaikum - Hi, hari ini hari ke3 umat muslim seluruh dunia berpuasa dalam bulan Ramadan 2013. Rasanya belum terlambat saya mengucapkan selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan.

Saya saja nak tahu, sama ada rakan-rakan tertanya-tanya mengenai apakah dia akronim AKRAB tu? Yang sebenarnya perkataan AKRAB bukanlah singkatan daripada Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam, sebaliknya ianya adalah akronim kepada gabungan 5 perkataan yang menjadi akujanji atau personaliti/ keperibadian seseorang rakan AKRAB. Perkataan itu adalah:

A - Amanah;
K - Komitmen;
R - Rasional;
A - Akhlak; dan
B - Bistari

11 July 2013

Love and Like


So what do you think about this ... Which one are you by an attitudes or treat that you share with the love or the like one.

10 July 2013

Etika AKRAB


Itulah kejadian Allah, pelbagai ragam dan bentuk manusia dijadikan olehNya, semuanya adalah semata-mata untuk beriman kepadaNya sahaja. tetapi bagi manusia, kehidupan ini bukan itu sahaja... kehidupan yang dikejar adalah segala keindahan, kebaikan dan kekayaan yang ada dalam dunia ini... mestinya bukan mudah untuk memperolehnya.

Maka dalam mengejar keperluan dunia ini, kita tidak lari dari menghadapi dengan isu dan masalah.... jika anda ada isu/ maslah jangan dipendam... datanglah kepada kami rakan AKRAB anda di Jabatan ini...

Jangan bimbang segala apa yang diceritakan dan disuarakan semuanya adalah menjadi rahsia kita sahaja kerana dalam melaksanakan peranan sebagai ahli AKRAB, kami dijawabkan untuk mengamalkan etika yang telah digariskan semata-mata untuk meningkatkan kepercayaan anda rakan sekerja kami terhadap AKRAB. Kepercayaan anda dan rakan-rakan yang lain akan memudahkan lagi AKRAB menyebarkan budaya positif ini.

Untuk makluman anda, berikut adalah etika yang perlu kami patuhi :

>    Kekalkan matlamat. Apa matlamat kita - adalah untuk mendengar anda dan memberikan alternatif.

>    Imbangi keperluan.

>    Tidak ambil kesempatan. Mestilah tidak....

>    Sentiada merujuk kepada pegawai psikologi. Jika kami tidak dapat membantu dengan persetujuan anda kita sama-sama ke pegawai psikologi.

>    Membimbing rakan untuk mampu berdikari. Biarlah kami bantu anda...

>    Bersikap terbuka. Kami tidak amalkan serkap jarang dan membuat andaian, sekadar berkongsi isu dan masalah dengan anda.

>    Kerahsiaan. Rahsia anda sangat selamat dengan kami, usah bimbang.

09 July 2013

Biarlah Rahsia


Tengok budak 2 beradik tu.... melihat foto mereka yang gembira dan tersenyum membuatkan kita juga rasa bahagia.... sementara waktu isu/ masalah hilang. Tetapi jika isu/ masalah datang balik... kenapa tidak ceritakan pada saya sahaja... Jangan bimbang semuanya biarlah rahsia...

06 July 2013

Take a Break and Try This - The Answers

Here are the interpretations:

(1) The door:
opened door -
you are a person who is willing to share
closed door - you are a person who is keeping things to yourself

(2) The table:
Round/ oval -
any friends that came along, you will accept and trust them completely
Square/ rectangle - you are a bit more choosy on friends and only hangout with those whom you think are on the same frequency
Triangle - you are really very very picky about friends and there are not many friends in your life

(3) Water in vase:
Empty -
your life is not fulfilled
Half filled - what you want in your life is half fullfilled
Full - your life is completely fulfilled and good for you! bravo !

(4) Material of vase:
glass/ clay/ porcelain - you are weak in your life and tends to be fragile
metal/ plastic/ wood - you are strong in your life

(5) Flow of waterfall:
0 - no sex drive at all
1 to 4 - low sex drive
5 - average sex drive
6 to 9 - high sex drive
10 - gone case!!! super high sex drive!!! Can't live without sex...

(6) Keys:
1 - you have one good friend in your life
2 to 5 - you have a few good friends in your life
6 to 10 - you have a lot good friends

(7) Castle:
Old - shows that your last relationship is not a good one and is not memorable to you.
New - your last relationship is good and it's still fresh in your heart.

(8) The jewel from the murky pool water:
YES - when your partner is around you, you will flirt around with others.
NO - when your partner is around, you will stick around with him/her most of the time.

(9) The money from the clear water pool:
YES - even when your partner is not around you, you will stil! l flirt around with others.
NO - even when your partner is not around, you will still think of her and and will be loyal to her, not
flirting around with others.

(10) The size of the box:
small - low ego
medium - average ego
big - high ego

(11) Material of the box (outlook of the box):
cardboard/ paper/ wooden (non-shining) - humble personality
metal - proud and stuck up personality

(12) The material of the bridge:
metal bridge - have very strong bond with your friends
wooden bridge - average bond with your friends
rattan bridge - you are not in good terms with your friends

(13) Colour of the horse:
white - your partner is pure and good in your heart.
grey/ brown - your partner is only average in your heart.
black - your partner doesn't seem to be good in your heart and appears to be bad sign.

(14) Horse action:
still and quiet/ nibbling grass - your partner is a very homely and humble person.
running about - your partner is a wild type person.

This the last but most important part of the test.
From how I ended the story... a tornado approaches...
What are you going do? There are only 3 options:
(i) run and hide in the box?
(ii) run and hide under the bridge?
(iii) run to the horse, ride on and gallop away?

What will you choose?
Now, the above is signified by these things:
tornado - problems in your life
box - you
bridge - your friends
horse - your partner

(i) So if you choose the box, you keep your problems to yourself whenever you are met with problems.
(ii) or if you choose the bridge, you will go to your friends whenever you are met problems.
(iii) or lastly if you choose the horse, you seek your partner whenever your partner whenever you are met with problems.